Penjelasan biologi dan sosial Sumbang_mahram

Hubungan sumbang mahram diketahui berpotensi tinggi menghasilkan keturunan yang secara biologinya lemah, baik fizikal mahupun mental (cacat), atau bahkan berbahaya (membawa maut). Fenomena ini juga umum dikenal dalam dunia haiwan dan tumbuhan sebagai pembiakbakaan dalam. Ini boleh terjadi akibat pengumpulan homozigot atau gen-gen pembawa 'sifat lemah' dari kedua-dua induk pada satu individu (anak).

Secara sosial, hubungan sumbang dapat disebabkan, antara lain, oleh ruangan dalam rumah yang tidak memungkinkan ibu bapa, anak, atau sesama saudara berpisah bilik. Hubungan sumbang antara orang tua dan anak dapat pula terjadi kerana keadaan psikososial yang kurang sihat pada individu yang terlibat.

Hampir semua budaya tidak mentoleransi hubungan sumbang, kecuali beberapa budaya lama yang mengecualikannya untuk untuk kepentingan-kepentingan tertentu, seperti politik atau kemurnian kaum. Semua agama besar dunia juga melarang hubungan sumbang. Di dalam aturan agama Islam (fiqh), misalnya, terdapat konsep mahram yang mengatur hubungan sosial di antara individu-individu yang masih sekerabat. Seseorang itu tidak diperkenankan menjalin hubungan percintaan atau perkawinan dengan ibu bapa, datuk atau nenek, saudara kandung, saudara tiri (bukan saudara angkat), saudara dari ibu bapa, anak saudara, serta cucu.

Rujukan

WikiPedia: Sumbang_mahram http://www.kalimunro.com/article_mother_son_sexual... http://www.phoenixnewtimes.com/issues/2005-12-29/n... http://papers.ssrn.com/sol3/papers.cfm?abstract_id... http://www.vachss.com/help_text/incest.html http://www.anth.ucsb.edu/faculty/tooby/classes/ant... http://web.archive.org/web/19970730031235/http://w... http://www.icasa.org/uploads/adult_survivors_of_in... http://www.legalaffairs.org/issues/January-Februar... http://www.mdsa-online.org http://protect.org/articles/vachssNewYorkVictory.h...